28 Disember 2008

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2008

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2008. Berikut adalah antara rangkuman program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran Tadika Didik Al Insan

Murid-murid yang telah berjaya menamatkan pengajian Al-Quran di sini secara bertalaqi dan bermusyafahat.

Persembahan tarian kanak-kanak comel tadika.

"Emm...bila anak aku nak naik pentas?"- Ragam ibu bapa yang hadir.



Lawatan sambil belajar ke Hutan Bandar Johor Bahru

-"Hurrey!!!"... bergambar kenangan sebelum pulang.







Lawatan ke Zoo Johor
-"Hei, jangan sampai terlepas anak murid,"... setiap murid diberikan guru angkat masing-masing.







Pertandingan Melukis dan Mewarna

-"Wah, cantiknya lukisan adik-adik kita!"... Lagak pelukis-pelukis cilik.







Acara Sukan di Teluk Danga
(Danga Bay) Johor Bahru
-"Tarik, tarik, tarik!!!" ... acara tarik tali antara badang-badang kecil.





p/s Terdapat beberapa lagi aktiviti yang dijalankan seperti program celik membaca dan mengeja, program minggu memperkasakan bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab), kelas tajuwid (setiap minggu) dan berbagai-bagai lagi program-program yang lain.






MOTO

MEMBACA, MENULIS, MENGIRA, MENGHAFAL

Ya, itu adalah moto buat Tadika Didik Al Insan. Lantaran itu, pihak pengurusan berusaha bertungkus lumus untuk memastikan semua anak-anak dan murid-murid yang berada di sini mendapat kesemua kelebihan yang tercatat pada moto tadika ini. Dan demi menjadikan matlamat itu dapat direalisasikan sepenuhnya, kami telah menyediakan beberapa jenis perkhidmatan sekaligus. Kesemua perkhidmatan tersebut dijalankan pada masa yang sama di tadika ini.


Pihak kami sememangnya berhasrat untuk mengembangkan sayap perkhidmatan kami kepada beberapa bidang disamping mengukuhkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada. Setakat ini pihak pengurusan tadika memfokuskan kepada tiga bahagian yang utama iaitu kelas-kelas tadika, kelas pengajian Al-Quran (termasuk iqra, muqadam dan berzanji) dan juga perkhidmatan pengangkutan van ke sekolah. Selain itu, kelas tuisyen jawi juga dibuka bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam menguasai bidang tulisan ini yang semakin ditinggal dan dipinggirkan oleh masyarakat dewasa ini.


Sememangnya semua keistimewaan yang ada di sini tidak mampu untuk kami jalankan dengan sempurna melainkan dengan limpahan pertolongan, petunjuk dan rahmat daripada Allah SWT. Semoga usaha ini dipermudahkan sentiasa oleh-NYA.

SEJARAH PENUBUHAN

Tadika Didik Al Insan ini berdaftar di bawah Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Tadika ini dibuka secara rasminya pada 2 Februari 2004. Pada awal penubuhannya, tadika ini diberi nama Taska Jamiah dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak seawal usia dua bulan, kelas-kelas mengaji dan juga kelas tuisyen. Premis asal tadika ini telah dibuka di no 23, Jalan Pulai Perdana 9 Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, Johor.


Selaras dengan peningkatan jumlah penduduk di kawasan sekitar ditambah pula dengan bilangan anak-anak dan murid-murid yang semakin meningkat, tadika ini telah berpindah ke bangunan premis yang lain di no 49 Jalan Pulai Perdana 9 Sri Pulai Perdana, Johor Bahru pada 1 Januari 2005.


Pada 1 Januari 2007, pihak pengurusan tadika ini secara rasminya telah menambah satu lagi bangunan premis di hadapan bangunan premis yang asal. Premis baru yang terletak di no 2 Jalan Pulai Perdana 9/9 Sri Pulai Perdana Johor Bahru itu menjadikan tadika ini beroperasi dengan menggunakan dua premis sekaligus. Pada masa yang sama juga, kelas tadika untuk kanak-kanak pra-sekolah berumur empat sehingga enam tahun juga telah dibuka buat julung kalinya pada 1 Januari 2007 dengan tiga kelas. Taska Jamiah juga telah ditukar nama secara rasmi kepada Tadika Didik Al Insan hingga ke hari ini.


KATA-KATA ALUAN


Pembukaan blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi segala pengalaman dalam mendidik dan mengasuh anak-anak bangsa. Sesungguhnya tugas yang diamanatkan oleh Allah ini amatlah berat untuk ditanggung.

Namun, demi mahu melihat wujudnya generasi-generasi pelapis yang mampu membawa seluruh komuniti masyarakat mampu bersaing dalam kancah arus permodenan, pihak kami berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan usaha yang dicita-citakan tercapai disamping tidak lupa menyediakan juga barisan-barisan pelapis ini dengan persediaan rohani dan jati diri yang kukuh.

Semoga akan lahir nanti bangsa dan pemuda-pemudi yang mampu menjadikan negara kita terus mengecap kejayaan demi kejayaan di pentas antarabangsa, dengan berpaksikan tuntutan pegangan agama yang mapan. Insyaallah. Doakan usaha kami dipermudahkan... Ameen.