10 Disember 2012

Selamat menyambut tahun baru 2013

Bersempena dengan tibanya tahun 2013, marilah kita sama-sama mengorak langkah, kita meningkatkan lagi usaha kita untuk mengejar segala impian dan azam yang masih belum lagi tercapai.

Kami di tadika didik akan sentiasa berusaha yang terbaik demi memastikan segala kebajikan dan pembangunan anak-anak di sini setiasa terjaga dan sentiasa berada di landasan yang tepat untuk melahirkan anak-anak yang penuh berwawasan.

Bagi yang telah mendaftarkan diri untuk sesi persekolahan tahun depan, bolehlah bersiap sedia untuk menempuh cabaran baru yang mendatang. Bagi yang masih lagi tercari-cari tempat, destinasi dan tujuannya, kami di sini sentiasa menadah tangan mengalu-alukan kehadiran anda.

Semoga 2013 yang bakal menjelang menjanjikan lebih kebahagiaan dan kegemilangan buat kita semua!

"Puas hati beritahu kawan, tak puas hati beritahu kami"