14 Disember 2011

Konvokesyen tadika penutup tirai 2011

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada seluruh warga Malaysia yang sudi melayari laman maya Tadika Didik Al-Insan. Semoga anda semua berada di bawah rahmat Allah S.W.T.

Baru-baru ini, Tadika Didik Al Insan telah mengadakan sambutan Hari Konvokesyen bagi semua pelajar yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan sepanjang tahun 2011 dengan jayanya. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada anak-anak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Serentak itu, pihak tadika juga telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar yang telah berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran dengan cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan yang menghiburkan oleh anak-anak Tadika Didik Al Insan yang telah dibimbing oleh guru-guru.
Berikut adalah gambar-gambar sebahagian daripada anak-anak yang telah berjaya memperoleh sijil tamat belajar di Tadika Didik Al-Insan dan juga mereka yang telah berjaya memperoleh sijil Khatam Al-Quran.





Majlis turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah sumbangan pelajar-pelajar yang berjaya Khatam Al-Quran pada tahun ini.

Pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga kepada IbuBapa yang hadir dan telah memberikan sokongan penuh kepada kami selama ini.