26 Januari 2010

Sibuk-sibuk di Tahun Baru


Alhamdulillah, dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi sedikit apa yang patut di sini. Maklumlah, dengan pelbagai urusan dan perkara yang perlu diselesaikan di awal-awal tahun ini membuatkan saya tidak punya kelapangan untuk mengemaskini perkembangan di sini.

Dengan bermulanya tahun 2010 ini, pihak tadika meneruskan matlamat kami untuk terus melahirkan generasi anak-anak yang celik dalam pelbagai bidang. Sama ada agama, komunikasi dan juga pergaulan sesama rakan. Biarlah anak-anak kita itu berjaya dunia, cemerlang juga akhirat.

Saya juga amat bersykur dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dan semua pihak kerana tidak henti-henti memberikan sokongan yang penuh kepada Tadika Didik Al-Insan. Allah sahaja yang mampu membalasnya kelak.

Untuk tentatif dan perjalanan program sepanjang 2010 ini, banyak program yang telah diatur dan kami di pihak pengurusan akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan segala aktiviti yang telah dan sedang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyaAllah.

Moga diberi kelapangan oleh Allah dalam menjalani urusan seharian.

Wassalam.