12 Februari 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, ramai sungguh yang datang ke kelas fardhu ain malam tadi. Walaupun tidak semua yang hadir, namun bilangan mereka yang mencecah hampir 200 orang malam tadi benar-benar membuatkan saya terharu.

Khusus kepada ibu bapa, setinggi ucapan terima kasih kepada kalian kerana mengambil berat berkenaan pendidikan anak-anak kalian di sini.

Tajuk penyampaian saya pada malam tadi adalah menyentuh hal niat. Saya kira niat adalah penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim.

Justeru, penerapan nilai-nilai ikhlas dalam niat ini seharusnya dilaksanakan seawal usia yang mungkin. Semoga kelas malam tadi banyak memberi manfaat kepada anak-anak Tadika Didik Al Insan Jamiah.

Salam bahagia.

05 Februari 2009

Hari Lahir

Alhamdulillah.. malam tadi berjaya memberikan sedikit jamuan kepada anak-anak di sini. Semuanya nampak terhibur. Setiap kunjungnya tarikh lahir, mengingatkan diri bahawa kita semakin dekat denganNya...
Suasana malam fardhu ain dan jamuan hari lahir
Memotong kek


Bersama suami dan guru-guru




Nyanyian selamat ulang tahun kelahiran


Pengagihan kek

02 Februari 2009

Petua Mendidik Anak-anak?

Ramai yang bertanya, apakah petua untuk mendidik anak-anak? Pendek kata, bagaimana mahu memastikan semua anak-anak kita mampu menjadi seimbang dari pelbagai bidang?

Tidak dapat dinafikan, saya lebih gemar mengasuh anak-anak agar menjadi seorang manusia yang cemerlang dari pelbagai aspek hidup. Jika disuruh menjadi imam, dia mampu ke depan. Andai disuruh bersyarah atau menyanyi sekali pun di atas pentas, dia juga mampu. Tidak hanya tertumpu pada aspek kerohanian.

Kita bukannya mahu melahirkan anak-anak yang cemerlang di bidang agama sahaja, tetapi daif pada aspek yang lain-lain. Bukan. Biarlah anak-anak acuan kita itu mampu diketengahkan dalam apa jua bidang.

Gaya anak-anak sesi yang lepas. Harapnya mereka menjadi lebih berjaya hari ini.

Justeru, pendidikan Al-Quran, sahsiah dan lain-lain nilai moral yang diterapkan di sini sebenarnya adalah bermatlamat agar anak-anak keluaran tadika ini mampu bergelar insan kamil yang insyaAllah mampu memandu rakan-rakan lain ke arah kecemerlangan.

Berkatilah Ya Allah kedua-dua tempat ini!

Kami di sini insyaAllah akan berusaha memastikan semua yang ada di sini mendapat manfaat semaksimum mungkin. Segala petua dan perlaksanaan yang dijalankan di sini dalam usaha mendidik anak-anak adalah hakikatnya berinspirasi dan petunjuk dari Allah semata-mata.

Siapalah kita tanpa kuasa dari-Nya...