Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

27 Mac 2009

Wang dan Harta

Wang adalah harta, barangsiapa yang dapat memegangnya ia akan memperoleh manfaat darinya, dan barangsiapa yang menafkahkannya ia pasti beroleh pahala darinya. - (Abul Islami)


Sidang pembaca semua, semoga setiap yang kita peroleh dari harta kita adalah datangnya dari rezeki yang halal. Setiap yang masuk ke mulut kita biarlah dari sumber yang diredhai dan diberkati oleh-Nya.

Marilah kita sama-sama menginfakkan setidak-tidaknya sedikit apa yang kita peroleh dari harta kita ke arah jalannya. Semoga itu dapat membantu kita sendiri di kemudian hari.

p/s Khamis ini insyaallah akan diadakan majlis sambutan Maulidur rasul di sini, dijemput kepada semua untuk meluangkan masa ke Tadika Didik Al Insan selepas maghrib. Bersama ke arah kegemilangan ummah sejagat.

02 Februari 2009

Petua Mendidik Anak-anak?

Ramai yang bertanya, apakah petua untuk mendidik anak-anak? Pendek kata, bagaimana mahu memastikan semua anak-anak kita mampu menjadi seimbang dari pelbagai bidang?

Tidak dapat dinafikan, saya lebih gemar mengasuh anak-anak agar menjadi seorang manusia yang cemerlang dari pelbagai aspek hidup. Jika disuruh menjadi imam, dia mampu ke depan. Andai disuruh bersyarah atau menyanyi sekali pun di atas pentas, dia juga mampu. Tidak hanya tertumpu pada aspek kerohanian.

Kita bukannya mahu melahirkan anak-anak yang cemerlang di bidang agama sahaja, tetapi daif pada aspek yang lain-lain. Bukan. Biarlah anak-anak acuan kita itu mampu diketengahkan dalam apa jua bidang.

Gaya anak-anak sesi yang lepas. Harapnya mereka menjadi lebih berjaya hari ini.

Justeru, pendidikan Al-Quran, sahsiah dan lain-lain nilai moral yang diterapkan di sini sebenarnya adalah bermatlamat agar anak-anak keluaran tadika ini mampu bergelar insan kamil yang insyaAllah mampu memandu rakan-rakan lain ke arah kecemerlangan.

Berkatilah Ya Allah kedua-dua tempat ini!

Kami di sini insyaAllah akan berusaha memastikan semua yang ada di sini mendapat manfaat semaksimum mungkin. Segala petua dan perlaksanaan yang dijalankan di sini dalam usaha mendidik anak-anak adalah hakikatnya berinspirasi dan petunjuk dari Allah semata-mata.

Siapalah kita tanpa kuasa dari-Nya...