28 Disember 2008

MOTO

MEMBACA, MENULIS, MENGIRA, MENGHAFAL

Ya, itu adalah moto buat Tadika Didik Al Insan. Lantaran itu, pihak pengurusan berusaha bertungkus lumus untuk memastikan semua anak-anak dan murid-murid yang berada di sini mendapat kesemua kelebihan yang tercatat pada moto tadika ini. Dan demi menjadikan matlamat itu dapat direalisasikan sepenuhnya, kami telah menyediakan beberapa jenis perkhidmatan sekaligus. Kesemua perkhidmatan tersebut dijalankan pada masa yang sama di tadika ini.


Pihak kami sememangnya berhasrat untuk mengembangkan sayap perkhidmatan kami kepada beberapa bidang disamping mengukuhkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada. Setakat ini pihak pengurusan tadika memfokuskan kepada tiga bahagian yang utama iaitu kelas-kelas tadika, kelas pengajian Al-Quran (termasuk iqra, muqadam dan berzanji) dan juga perkhidmatan pengangkutan van ke sekolah. Selain itu, kelas tuisyen jawi juga dibuka bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam menguasai bidang tulisan ini yang semakin ditinggal dan dipinggirkan oleh masyarakat dewasa ini.


Sememangnya semua keistimewaan yang ada di sini tidak mampu untuk kami jalankan dengan sempurna melainkan dengan limpahan pertolongan, petunjuk dan rahmat daripada Allah SWT. Semoga usaha ini dipermudahkan sentiasa oleh-NYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan