10 Februari 2010

Meriah di Sukaneka Tahunan 2010!

Jutaan terima kasih kepada semua pihak, ibu bapa dan kakitangan Tadika Didik Al Insan yang telah sama-sama berjaya menjayakan Hari Sukaneka Tahunan kali ke 3 tahun 2010.

Sambutan yang meriah dan begitu menggalakkan  jelas membuktikan  keprihatinan ibu bapa terhadap pembangunan anak-anak anda.

Berikut merupakan sebahagian gambar kenangan yang sempat dirakam oleh jurufoto kami:


Tahniah kepada Rumah Kuning kerana berjaya merangkul juara keseluruhan pada tahun ini. Jumpa lagi di tahun akan datang!

26 Januari 2010

Sibuk-sibuk di Tahun Baru


Alhamdulillah, dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi sedikit apa yang patut di sini. Maklumlah, dengan pelbagai urusan dan perkara yang perlu diselesaikan di awal-awal tahun ini membuatkan saya tidak punya kelapangan untuk mengemaskini perkembangan di sini.

Dengan bermulanya tahun 2010 ini, pihak tadika meneruskan matlamat kami untuk terus melahirkan generasi anak-anak yang celik dalam pelbagai bidang. Sama ada agama, komunikasi dan juga pergaulan sesama rakan. Biarlah anak-anak kita itu berjaya dunia, cemerlang juga akhirat.

Saya juga amat bersykur dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dan semua pihak kerana tidak henti-henti memberikan sokongan yang penuh kepada Tadika Didik Al-Insan. Allah sahaja yang mampu membalasnya kelak.

Untuk tentatif dan perjalanan program sepanjang 2010 ini, banyak program yang telah diatur dan kami di pihak pengurusan akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan segala aktiviti yang telah dan sedang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyaAllah.

Moga diberi kelapangan oleh Allah dalam menjalani urusan seharian.

Wassalam.

18 November 2009

Lagi Kenangan Malam Anugerah Kecemerlangan & Khatam Al-Quran

Lagi beberapa kenangan sepanjang Malam Anugerah Kecemerlangan Tadika Didik Al Insan kali ke 6. Semua gambar-gambar boleh dibeli daripada pengurusan tadika dengan harga hanya RM1.50 sekeping. Berikut adalah antara kenangan-kenangan tersebut.


































10 November 2009

Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran kali ke-6



Pada 7 November 2009 yang lalu, alhamdulillah pengurusan Tadika Didik Al Insan berjaya melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran kali ke-6.




Majlis yang dimulakan pada jam 7.30 malam itu berjaya menarik kira-kira 400 orang tetamu. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan anak-anak yang hadir.




Pelbagai persembahan turut diberikan oleh anak-anak di tadika ini seperti dikir barat, boria, tarian dan sebagainya.







Seramai 12 orang murid telah berjaya menamatkan sesi pengajian Al-Quran mereka di sini bagi sesi 2009.




Semoga berjumpa lagi di tahun mendatang.

22 Oktober 2009

Berakhir Sudah Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat pertolongan dariNya, peperiksaan akhir tahun telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya minggu ini.

Jutaan terima kasih kepada semua staf dan kakitangan pengurusan Tadika Didik Al Insan yang turut sama terlibat. Juga penghargaan kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama tidak putus-putus kepada kami. Allah saja yang mampu mebalasnya.

Kami di pihak pengurusan ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran 2009 yang dijadualkan pada 7 hb November 2009. Semua ibu bapa dijemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut.

Wasalam.