Pada 7 November 2009 yang lalu, alhamdulillah pengurusan Tadika Didik Al Insan berjaya melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran kali ke-6.
Majlis yang dimulakan pada jam 7.30 malam itu berjaya menarik kira-kira 400 orang tetamu. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan anak-anak yang hadir.
Pelbagai persembahan turut diberikan oleh anak-anak di tadika ini seperti dikir barat, boria, tarian dan sebagainya.
Seramai 12 orang murid telah berjaya menamatkan sesi pengajian Al-Quran mereka di sini bagi sesi 2009.
Semoga berjumpa lagi di tahun mendatang.
well done Cikgu Jamiah..dah ada laman blog...so senang kita orang rujuk aktiviti yg telah, dan akan dilakukan...Mama Ashroff, Sakinah, Aiman, Fatihah n Fahmi
BalasPadam