10 November 2009

Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran kali ke-6



Pada 7 November 2009 yang lalu, alhamdulillah pengurusan Tadika Didik Al Insan berjaya melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran kali ke-6.




Majlis yang dimulakan pada jam 7.30 malam itu berjaya menarik kira-kira 400 orang tetamu. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan anak-anak yang hadir.




Pelbagai persembahan turut diberikan oleh anak-anak di tadika ini seperti dikir barat, boria, tarian dan sebagainya.







Seramai 12 orang murid telah berjaya menamatkan sesi pengajian Al-Quran mereka di sini bagi sesi 2009.




Semoga berjumpa lagi di tahun mendatang.

22 Oktober 2009

Berakhir Sudah Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat pertolongan dariNya, peperiksaan akhir tahun telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya minggu ini.

Jutaan terima kasih kepada semua staf dan kakitangan pengurusan Tadika Didik Al Insan yang turut sama terlibat. Juga penghargaan kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama tidak putus-putus kepada kami. Allah saja yang mampu mebalasnya.

Kami di pihak pengurusan ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran 2009 yang dijadualkan pada 7 hb November 2009. Semua ibu bapa dijemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut.

Wasalam.

02 Ogos 2009

Rumah Biru Johan Keseluruhan Hari Sukan 2009

Hari Sukaneka Tahunan 2009 bagi Tadika Didik Al Insan selamat dan berjaya dilaksanakan pada 1 Ogos yang lepas. Alhamdulullah, dengan penglibatan kesemua murid-murid dan kakitangan di sini, majlis tersebut berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Rumah Biru telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan untuk edisi kali ini. Berikut adalah rangkuman sepanjang hari sukan tersebut.













































Semoga berjumpa lagi pada tahun akan datang!


27 Jun 2009

Hayatilah Kelebihan Bulan Rejab

Sabda Nabi s.a.w.:

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Nabi s.a.w. juga bersabda bahawa :

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan
bulan umatku.

HAYATILAH SETIAP KELEBIHAN YANG ADA DI BULAN REJAB:

1) Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

2) Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

3) Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

4) Diampunkan dosa orang-orang yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

5) Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab

6) Dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus bagi mereka yang melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab .

Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita dan semoga dengan amalan yang sedikikit ini diterima oleh Allah swt kelak.

16 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Terima kasih dan bersyukur kepada semua anak-anak di sini yang memberikan hadiah-hadiah kepada saya dan guru-guru di sini. Sesungguhnya, bukanlah cenderahati dan hadiah itu yang seharusnya diambil perhatian, tetapi yang lebih didulukan adalah ingatan dari seorang murid kepada gurunya.

Hari ini, guru-guru di sini selamat mengadakan sedikit program hari guru sesama guru-guru di Taman Merdeka, Johor Bahru. Program ini sesungguhnya dapat mengeratkan kembali hubungan sesama guru di tadika ini disamping meregangkan kembali tekanan yang menghimpit ketika waktu-waktu bekerja.

Selamat hari guru juga buat semua warga pendidik seluruh tanah air!

03 April 2009

Sambutan Maulidurrasul disambut lebih 200 murid

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, tahun ini pihak tadika berjaya menganjurkan sambutan maulidurrasul. Majlis yang berlangsung pada hari Khamis yang lepas berjaya dijalankan dengan jayanya. Kira-kira lebih 200 orang hadir yang meliputi seluruh warga Tadika Didik Al Insan sama ada murid tadika, fardhu ain ,taska penjagaan, mengaji dan juga tuisyen jawi. Terima kasih atas keprihatinan semua ibu bapa yang hadir. Moga tuhan membalas jasa budi kalian.


Tahun ini sedikit istimewa kerana sambutan turut meraikan sama ulang tahun kelahiran anak bongsu saya, Mohamad Ezaili. Moga panjang umur dan sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi.



Banyaknya nasi.. habis ke?

Aminkan doa sebelum makan.

Helmi dan Mirza yang sedang tak sabar untuk hidangan nasi.

Berbual-bual kosong anak-anak kita

Anak-anak manis bersama cikgu kesayangan mereka

Laungan selawat dari barisan pendidik Tadika Didik Al Insan

Cikgu, nak nasi lagi...

Mari makan nasi beriani.


Semoga berjumpa di sambutan pada tahun akan datang...


27 Mac 2009

Wang dan Harta

Wang adalah harta, barangsiapa yang dapat memegangnya ia akan memperoleh manfaat darinya, dan barangsiapa yang menafkahkannya ia pasti beroleh pahala darinya. - (Abul Islami)


Sidang pembaca semua, semoga setiap yang kita peroleh dari harta kita adalah datangnya dari rezeki yang halal. Setiap yang masuk ke mulut kita biarlah dari sumber yang diredhai dan diberkati oleh-Nya.

Marilah kita sama-sama menginfakkan setidak-tidaknya sedikit apa yang kita peroleh dari harta kita ke arah jalannya. Semoga itu dapat membantu kita sendiri di kemudian hari.

p/s Khamis ini insyaallah akan diadakan majlis sambutan Maulidur rasul di sini, dijemput kepada semua untuk meluangkan masa ke Tadika Didik Al Insan selepas maghrib. Bersama ke arah kegemilangan ummah sejagat.

12 Februari 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, ramai sungguh yang datang ke kelas fardhu ain malam tadi. Walaupun tidak semua yang hadir, namun bilangan mereka yang mencecah hampir 200 orang malam tadi benar-benar membuatkan saya terharu.

Khusus kepada ibu bapa, setinggi ucapan terima kasih kepada kalian kerana mengambil berat berkenaan pendidikan anak-anak kalian di sini.

Tajuk penyampaian saya pada malam tadi adalah menyentuh hal niat. Saya kira niat adalah penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim.

Justeru, penerapan nilai-nilai ikhlas dalam niat ini seharusnya dilaksanakan seawal usia yang mungkin. Semoga kelas malam tadi banyak memberi manfaat kepada anak-anak Tadika Didik Al Insan Jamiah.

Salam bahagia.

05 Februari 2009

Hari Lahir

Alhamdulillah.. malam tadi berjaya memberikan sedikit jamuan kepada anak-anak di sini. Semuanya nampak terhibur. Setiap kunjungnya tarikh lahir, mengingatkan diri bahawa kita semakin dekat denganNya...
Suasana malam fardhu ain dan jamuan hari lahir
Memotong kek


Bersama suami dan guru-guru




Nyanyian selamat ulang tahun kelahiran


Pengagihan kek

02 Februari 2009

Petua Mendidik Anak-anak?

Ramai yang bertanya, apakah petua untuk mendidik anak-anak? Pendek kata, bagaimana mahu memastikan semua anak-anak kita mampu menjadi seimbang dari pelbagai bidang?

Tidak dapat dinafikan, saya lebih gemar mengasuh anak-anak agar menjadi seorang manusia yang cemerlang dari pelbagai aspek hidup. Jika disuruh menjadi imam, dia mampu ke depan. Andai disuruh bersyarah atau menyanyi sekali pun di atas pentas, dia juga mampu. Tidak hanya tertumpu pada aspek kerohanian.

Kita bukannya mahu melahirkan anak-anak yang cemerlang di bidang agama sahaja, tetapi daif pada aspek yang lain-lain. Bukan. Biarlah anak-anak acuan kita itu mampu diketengahkan dalam apa jua bidang.

Gaya anak-anak sesi yang lepas. Harapnya mereka menjadi lebih berjaya hari ini.

Justeru, pendidikan Al-Quran, sahsiah dan lain-lain nilai moral yang diterapkan di sini sebenarnya adalah bermatlamat agar anak-anak keluaran tadika ini mampu bergelar insan kamil yang insyaAllah mampu memandu rakan-rakan lain ke arah kecemerlangan.

Berkatilah Ya Allah kedua-dua tempat ini!

Kami di sini insyaAllah akan berusaha memastikan semua yang ada di sini mendapat manfaat semaksimum mungkin. Segala petua dan perlaksanaan yang dijalankan di sini dalam usaha mendidik anak-anak adalah hakikatnya berinspirasi dan petunjuk dari Allah semata-mata.

Siapalah kita tanpa kuasa dari-Nya...