15 Jun 2011

Hari Terbuka secara berperingkat giat dijalankan

Salam bahagia semua. Keputusan penilaian pertengahan tahun 2011 telah selesai diperolehi. Dan kini pihak pengurusan sedang bertungkus lumus untuk meneruskan agenda-agenda kami yang masih lagi belum dilaksanakan untuk sesi kali ini, khususnya di penggal yang kedua ini.

Ketika ini, sesi perjumpaan hari terbuka bersama ibu bapa sedang dijalankan secara berperingkat. Dan para ibu bapa diharap dapat meluangkan masa untuk hadir bagi membincangkan prestasi anak-anak tuan/ puan mengikut tarikh serta waktu yang telah ditetapkan.

Semoga kehadiran anda akan lebih menunjukkan keprihatinan tuan/ puan terhadap perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak anda.
Salam hormat, salam sejahtera..... semoga terus ceria bersama anak-anak dan ahli keluarga anda.

03 Januari 2011

Selamat datang 2011

Alhamdulillah, selamat menyambut Tahun Baru buat semua. Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya, dan kini 2011 menyambut dengan penuh harapan agar ia menjadi sebuah tahun yang penuh dengan kegemilangan.

Dengan sambutan yang amat menggalakkan dan luar biasa daripada ibu bapa dan murid-murid pada sesi 2011 ini, saya benar-benar mengalunkan kalimah syukur kepadaNya di atas segala limpahan nikmat yang diberi.Semoga semua tanggungjawab yang diberi ini mampu dipikul dan digalas sebaik yang mungkin.

Buat semua anak-anak, ibu bapa, anda dan semua warga Tadika Didik Al Insan yang baru, selamat datang diucapkan... Ahlan wasahlan!


13 November 2010

300 tetamu banjiri tadika

5 November 2010 yang lepas, kami di pihak pengurusan Tadika Didik Al Insan telah berjaya melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan, Konvokesyen dan Khatam Al-Quran kali ke-7. Lebih 300 orang ibu bapa dan murid-murid yang telah hadir bagi menghadiri dan memeriahkan lagi mahlis ini.

Senyuman adik Nurin setelah berjaya memperoleh sijil tamat tadika

Aliff Syazwan yang hebat bersajak

Persembahan pakaian beragam

Huda dengan pakaian merahnya

Antara tetamu yang turut hadir

Bacaan doa khatam Al-Quran oleh Cikgu Nurzalikha

Tetamu VIP yang hadir


Banyak lagi gambar kenangan dan foto-foto menarik sepanjang majlis ini. Boleh dapatkan daripada pengurusan tadika kami secepat mungkin.



07 Oktober 2010

Lawatan 2010 sungguh bermakna

Pada 2 Oktober 2010 yang lalu, pihak pengurusan tadika ini berjaya melaksanakan sebuah program lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Johor dan Zoo Johor. Kira-kira 63 murid dan 10 guru pengiring telah menyertai program tersebut.

Senyuman di pagi hari

Murid-murid senior...Along, Bazil, Lokman, Syahmi, Adam

Kenangan di Muzium Johor

Jannah, Nadira, Nazim dan Alif di Zoo Johor
Dapatkan banyak lagi foto kenangan sepanjang lawatan tersebut  daripada pengurusan kami.

28 Mei 2010

Hari Guru 2010

Pada 15 Mei 2010 yang lepas kami pihak tadika telah mengadakan jamuan makan bersempena sambutan Hari Guru. Jamuan ini telah diadakan di KFC Jusco Taman Universiti. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru-guru Tadika Didik Al Insan. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan guru-guru yang telah bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Kami berharap agar jamuan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang jamuan tersebut.







25 April 2010

Sambutan Maulidurrasul di Pulai Perdana

Alhamdulillah pada17 April yang lepas, satu majlis sambutan maulidurrasul telah diadakan di Masjid Sri Pulai Perdana. Ramai di kalangan murid-murid dari tadika ini telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara pada majlis tersebut. Kami mengucapkan tahniah kepada anak-anak murid dari tadika ini yang berjaya memperoleh kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan pada hari tersebut. Kami bersyukur kerana berjaya melahirkan anak-anak yang berani dan berketrampilan untuk menunjukkan bakat mereka dalam banyak kategori seperti nasyid, berzanji dan lain-lain. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua.






p/s: Semoga majlis seperti ini dapat dijalankan pada masa-masa akan datang.

10 Februari 2010

Meriah di Sukaneka Tahunan 2010!

Jutaan terima kasih kepada semua pihak, ibu bapa dan kakitangan Tadika Didik Al Insan yang telah sama-sama berjaya menjayakan Hari Sukaneka Tahunan kali ke 3 tahun 2010.

Sambutan yang meriah dan begitu menggalakkan  jelas membuktikan  keprihatinan ibu bapa terhadap pembangunan anak-anak anda.

Berikut merupakan sebahagian gambar kenangan yang sempat dirakam oleh jurufoto kami:


Tahniah kepada Rumah Kuning kerana berjaya merangkul juara keseluruhan pada tahun ini. Jumpa lagi di tahun akan datang!