02 Ogos 2009
Rumah Biru Johan Keseluruhan Hari Sukan 2009
27 Jun 2009
Hayatilah Kelebihan Bulan Rejab
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan
bulan umatku.HAYATILAH SETIAP KELEBIHAN YANG ADA DI BULAN REJAB:
1) Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
2) Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
3) Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
4) Diampunkan dosa orang-orang yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
5) Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab
6) Dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus bagi mereka yang melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab .
Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita dan semoga dengan amalan yang sedikikit ini diterima oleh Allah swt kelak.
16 Mei 2009
Selamat Hari Guru
Hari ini, guru-guru di sini selamat mengadakan sedikit program hari guru sesama guru-guru di Taman Merdeka, Johor Bahru. Program ini sesungguhnya dapat mengeratkan kembali hubungan sesama guru di tadika ini disamping meregangkan kembali tekanan yang menghimpit ketika waktu-waktu bekerja.
Selamat hari guru juga buat semua warga pendidik seluruh tanah air!
03 April 2009
Sambutan Maulidurrasul disambut lebih 200 murid
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, tahun ini pihak tadika berjaya menganjurkan sambutan maulidurrasul. Majlis yang berlangsung pada hari Khamis yang lepas berjaya dijalankan dengan jayanya. Kira-kira lebih 200 orang hadir yang meliputi seluruh warga Tadika Didik Al Insan sama ada murid tadika, fardhu ain ,taska penjagaan, mengaji dan juga tuisyen jawi. Terima kasih atas keprihatinan semua ibu bapa yang hadir. Moga tuhan membalas jasa budi kalian.
Tahun ini sedikit istimewa kerana sambutan turut meraikan sama ulang tahun kelahiran anak bongsu saya, Mohamad Ezaili. Moga panjang umur dan sentiasa di bawah payungan rahmat Ilahi.
Semoga berjumpa di sambutan pada tahun akan datang...
27 Mac 2009
Wang dan Harta
Wang adalah harta, barangsiapa yang dapat memegangnya ia akan memperoleh manfaat darinya, dan barangsiapa yang menafkahkannya ia pasti beroleh pahala darinya. - (Abul Islami)
Sidang pembaca semua, semoga setiap yang kita peroleh dari harta kita adalah datangnya dari rezeki yang halal. Setiap yang masuk ke mulut kita biarlah dari sumber yang diredhai dan diberkati oleh-Nya.
Marilah kita sama-sama menginfakkan setidak-tidaknya sedikit apa yang kita peroleh dari harta kita ke arah jalannya. Semoga itu dapat membantu kita sendiri di kemudian hari.
p/s Khamis ini insyaallah akan diadakan majlis sambutan Maulidur rasul di sini, dijemput kepada semua untuk meluangkan masa ke Tadika Didik Al Insan selepas maghrib. Bersama ke arah kegemilangan ummah sejagat.
12 Februari 2009
Alhamdulillah...
Khusus kepada ibu bapa, setinggi ucapan terima kasih kepada kalian kerana mengambil berat berkenaan pendidikan anak-anak kalian di sini.
Tajuk penyampaian saya pada malam tadi adalah menyentuh hal niat. Saya kira niat adalah penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim.
Justeru, penerapan nilai-nilai ikhlas dalam niat ini seharusnya dilaksanakan seawal usia yang mungkin. Semoga kelas malam tadi banyak memberi manfaat kepada anak-anak Tadika Didik Al Insan Jamiah.
Salam bahagia.
05 Februari 2009
Hari Lahir
Pengagihan kek
02 Februari 2009
Petua Mendidik Anak-anak?
Tidak dapat dinafikan, saya lebih gemar mengasuh anak-anak agar menjadi seorang manusia yang cemerlang dari pelbagai aspek hidup. Jika disuruh menjadi imam, dia mampu ke depan. Andai disuruh bersyarah atau menyanyi sekali pun di atas pentas, dia juga mampu. Tidak hanya tertumpu pada aspek kerohanian.
Kita bukannya mahu melahirkan anak-anak yang cemerlang di bidang agama sahaja, tetapi daif pada aspek yang lain-lain. Bukan. Biarlah anak-anak acuan kita itu mampu diketengahkan dalam apa jua bidang.
Gaya anak-anak sesi yang lepas. Harapnya mereka menjadi lebih berjaya hari ini.
Justeru, pendidikan Al-Quran, sahsiah dan lain-lain nilai moral yang diterapkan di sini sebenarnya adalah bermatlamat agar anak-anak keluaran tadika ini mampu bergelar insan kamil yang insyaAllah mampu memandu rakan-rakan lain ke arah kecemerlangan.
Siapalah kita tanpa kuasa dari-Nya...
22 Januari 2009
Tahun Baru, Kami Juga Berwajah Baru...
28 Disember 2008
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2008
Lawatan sambil belajar ke Hutan Bandar Johor Bahru
-"Hurrey!!!"... bergambar kenangan sebelum pulang.
Lawatan ke Zoo Johor
-"Hei, jangan sampai terlepas anak murid,"... setiap murid diberikan guru angkat masing-masing.
Pertandingan Melukis dan Mewarna
-"Wah, cantiknya lukisan adik-adik kita!"... Lagak pelukis-pelukis cilik.
Acara Sukan di Teluk Danga (Danga Bay) Johor Bahru
-"Tarik, tarik, tarik!!!" ... acara tarik tali antara badang-badang kecil.
p/s Terdapat beberapa lagi aktiviti yang dijalankan seperti program celik membaca dan mengeja, program minggu memperkasakan bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab), kelas tajuwid (setiap minggu) dan berbagai-bagai lagi program-program yang lain.







